Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah membangunkan satu garis panduan sementara berkaitan pengurusan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Ujian Tanpa Musnah (NDT) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Garis panduan ini dibangunkan dengan mengambil kira keperluan ISO/IEC 17024:2012, ISO 9712:2012 dan saranan pengoperasian badan persijilan oleh International Committee for Non-Destructive Testing (ICNDT) termasuklah membenarkan pelanjutan tarikh sah laku sijil kepada pemegang-pemegang sijil yang berkenaan dan calon-calon yang terjejas.
Pelanjutan ini dilaksanakan secara automatik dan tidak memerlukan sebarang permohonan. Tempoh sah laku Sijil yang tidak termasuk dalam tempoh yang dinyatakan adalah tidak termasuk dalam kategori diberi pelanjutan.
Garis panduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan bagi memperincikan berkenaan pengurusan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Ujian Tanpa Musnah (NDT) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kesan daripada pandemik COVID-19.