Salam semua,
Selaras dengan kelulusan MKN pada 30 September 2021, sektor perkhidmatan latihan kemahiran dibenarkan untuk dibuka semula mulai 15 Oktober 2021 di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) tertakluk kepada pematuhan sepenuhnya perkara-perkara berikut:
- SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Berfasa;
- Garis Panduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Kemasukan Pelajar ke Kampus lnstitusi Pengajian Pendidikan Tinggi Secara Berperingkat Bermula 15 Oktober 2021 yang sedang berkuatkuasa dan boleh di akses pada pautan ini;
- Hanya pelajar dan kakitangan yang telah lengkap proses vaksinasi dibenarkan masuk ke Pusat Bertauliah (PB) Awam Dan Swasta secara fizikal;
- Pelajar yang memasuki Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan perlu menjalani ujian swab RT-PCR dalam tempoh tiga (3) hari sebelum pergerakan dan tertakluk kepada arahan semasa Kerajaan Negeri;
- Pematuhan sepenuhnya ke atas semua protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa; dan
- Sebarang penglibatan individu dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Person Under Surveillance (PUS) dan sedang dalam Perintah Kuarantin adalah TIDAK DIBENARKAN.
Sehubungan dengan kenyataan ini, pemakluman berkaitan Kebenaran Pengoperasian Pusat Bertauliah (PB) Awam Dan Swasta Secara Camp Based Training Dalam Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Selaras Pelan Pemulihan Negara (PPN) bertarikh 15 Julai 2021 adalah TERBATAL dan tiada lagi kelulusan akan dikeluarkan untuk pengoperasian secara Camp Based Training mulai 07 Oktober 2021.
Baca sumber asal berita disini.