Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
YBrs. Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menyediakan sistem eNDT bagi pengurusan peperiksaan dan persijilan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) Ujian Tanpa Musnah (NDT). Sistem tersebut boleh di akses melalui https://endt.skkm.gov.my/login.
Bermula 16 Disember 2019, semua jenis permohonan persijilan perlu dibuat melalui sistem tersebut. Pemegang sijil sedia ada boleh mengakses sistem dengan menggunakan nombor kad pengenalan sebagai nama pengguna (Username) dan 6 angka terakhir nombor kad pengenalan sebagai kata laluan (Password). Pengguna perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuklah alamat emel yang aktif.
Tatacara permohonan persijilan melalui sistem boleh dimuatturun melalui portal eNDT tersebut. Tatacara pengguna sistem akan ditambah dari semasa ke semasa.
Sebarang pertanyaan/permasalahan mengenai sistem boleh diemel ke endt@mohr.gov.my.
Sekian, terima kasih.
‘’Pekerja Amanah Aspirasi Negara”
b.p Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran
Unit Persijilan (NDT), MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia