Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Assalamualaikum dan Greetings,
Pada 24 Februari 2020, MSNT sekali lagi diberi amanah dan tanggungjawab oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) Ujian Tanpa Musnah (NDT) di Malaysia. Penyerahan sijil perlantikan untuk sesi Januari 2020 hingga Disember 2021 telah diadakan di Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Badan Peneraju Industri yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran, YBrs. Tn Hj Zaihan bin Shukri di Pulse Grande Hotel, Putrajaya. Majlis penyerahan tersebut turut melibatkan 32 ILB yang lain. MSNT telah diwakili oleh YBrs. Dr. Khazali Hj Mohd Zin (Ahli Lembaga Pengarah) dan Puan Hafzan (Setiausaha Eksekutif).
On 24 February 2020, the MSNT is again entrusted with the responsibility as a National Industrial Lead Body (ILB) for Non Destructive Testing (NDT) by the Department of Skills Development (DSD). The January 2020 to December 2021 Certificate of Appointment session was held at the Industrial Lead Body Certificate Award Ceremony officiated by the Director General of Skills Development, YBrs. Tn Hj Zaihan bin Shukri at Pulse Grande Hotel, Putrajaya. The ceremony also included 32 other ILBs. MSNT was represented by YBrs. Dr. Khazali Hj Mohd Zin (Board Member) and Mrs. Hafzan (Executive Secretary).